KRU Studios
KRU Studios

KRU Studios

Jalan Teknologi 9,Technology Park Malaysia,Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur,KRU Studios ialah sebuah syarikat media dan hiburan multinasional Malaysia yang diasaskan oleh kumpulan KRU. Syarikat ini terdiri daripada KRU Films, KRU Records, KRU Matrix, dan KRU Communications. Selain ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, cawangan KRU Studios terdapat di Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Hong Kong, dan Eropah.[1]KRU Studios merupakan penerbit beberapa filem seperti Cicak-Man (2006), Duyung, dan Cicakman 2 - Planet Hitam yang kedua-duanya diterbitkan pada 2008. Syarikat ini turut menjadi penerbit bersama filem Hollywood, Deadline[2] dan merancang memasarkan filem itu di serata dunia terutamanya di Asia.[3]